Forum Air 2026 — Hero

FORUM AIR 2026

Pengguna Prihatin, Perkhidmatan Bekalan Air & Pembentungan Mampan

Forum Air merupakan platform yang ditubuhkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) bagi mewakili suara pengguna dan mendapatkan maklum balas daripada pelbagai sektor berhubung kualiti perkhidmatan operator bekalan air di seluruh Semenanjung Malaysia serta perkhidmatan pembetungan oleh Indah Water Konsortium (IWK). Diuruskan secara bebas oleh pihak ketiga, Forum Air berperanan meningkatkan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab pengguna dalam memastikan perkhidmatan air dan pembetungan yang cekap, berkualiti dan mampan. Bagi tahun 2026, Yayasan IKRAM Malaysia telah diberi amanah untuk melaksanakan peranan penting ini demi memperkukuh penglibatan pengguna dan memperjuangkan kepentingan rakyat.

Pengguna adalah diminta mengisi kaji selidik dibawah untuk pihak kami mendapat maklum balas prestasi operator air dan pembentungan.

Sorotan Program & Maklumat

Aktiviti & Pengumuman Terkini