









Program Forum Air 2026 kini memulakan jelajah seluruh negara bermula di Negeri Melaka menerusi sesi townhall dan
dialog bersama agensi perkhidmatan air dan pembentungan yang berlangsung dengan jayanya.
Program ini menghimpunkan pemimpin masyarakat, pengguna air serta pihak industri dalam usaha memperkukuh komunikasi dua hala dan meningkatkan kesedaran mengenai hak pengguna serta kelestarian bekalan air negara.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian menarik telah diadakan termasuk sesi dialog terbuka, perkongsian
isu semasa industri air, penerangan berkaitan perancangan strategik bekalan air, serta ruang pengguna menyuarakan
pandangan, aduan dan cadangan secara terus kepada pihak berkaitan. Program ini turut memberi penekanan kepada
kesedaran awam mengenai kepentingan pemeliharaan sumber air dan tanggungjawab bersama dalam memastikan
perkhidmatan air yang cekap dan mampan.
Forum ini menjadi platform penting dalam mendengar suara rakyat demi memperbaiki mutu perkhidmatan air untuk
kesejahteraan semua pengguna di Malaysia. Ikuti perkembangan dan sorotan menarik sepanjang jelajah Forum Air 2026
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif dan pengisian program di setiap negeri.
Hasil Kajian Pengguna di Melaka
Sebanyak 90% responden menyatakan bahawa perkhidmatan air dan pembentungan di Negeri Melaka berada pada tahap
yang baik serta sangat memuaskan.
