Hala Tuju Strategik
Objektif Forum Air
Forum Air 2026 dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Yayasan Ikram Malaysia membawakan Program Forum Air 2026 sebagai platform terbuka untuk pengguna air berkongsi pandangan, aduan dan cadangan berkaitan perkhidmatan air dan pembentungan di Malaysia.
OBJEKTIF 01
Menjadi platform suara pengguna untuk menyalurkan maklum balas, pandangan dan aduan berkaitan perkhidmatan bekalan air dan pembetungan kepada pihak SPAN.
OBJEKTIF 02
Meningkatkan akauntabiliti dan kualiti perkhidmatan operator bekalan air di seluruh Semenanjung Malaysia serta perkhidmatan pembetungan oleh Indah Water Konsortium (IWK) melalui penglibatan aktif pengguna.
OBJEKTIF 03
Memperkukuh hubungan antara pengguna, operator dan pengawal selia dengan menyediakan platform dialog yang konstruktif, telus dan inklusif.
OBJEKTIF 04
Meningkatkan kesedaran pengguna mengenai hak mereka sebagai pengguna perkhidmatan air dan pembetungan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
OBJEKTIF 05
Mendidik pengguna mengenai tanggungjawab mereka dalam penggunaan air secara berhemah dan pemeliharaan.