FORUM AIR

Forum Air 2026 Memulakan Jelajah Nasional di Negeri Melaka

Program Forum Air 2026 telah memulakan tirai siri Jelajah Nasional secara rasmi dengan memilih Negeri Melaka sebagai destinasi pertama. Melalui penganjuran sesi townhall interaktif dan dialog intim, program ini berjaya mengumpulkan agensi perkhidmatan air, pihak berkuasa tempatan, serta komuniti setempat di bawah satu bumbung. Sesi ini memfokuskan kepada perkongsian maklumat terkini mengenai perancangan strategik industri air negara serta memberi ruang terbuka kepada rakyat untuk menyuarakan cadangan terus kepada pembuat dasar.

Kongsi pada platform lain