FORUM AIR

Forum Air 2026: Pengguna Prihatin, Perkhidmatan Bekalan Air & Pembentungan Mampan

Adakah anda pengguna perkhidmatan bekalan air dan pembetungan di Lembah Klang?


Sesi Town hall pada 18hb. Ogos 2026 di PICC adalah peluang anda untuk mendapatkan maklumat terkini secara terus daripada pihak berkepentingan serta menyampaikan pandangan dan cadangan demi penambahbaikan perkhidmatan.

Forum Air diwujudkan di bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2006(Akta 655) sebagai platform yang menghubungkan pengguna dengan penyedia perkhidmatan bekalan air dan pembetungan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, mampan dan berfokuskan pengguna.

Bagi pelaksanaan Forum Air 2026, Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM) telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai badan bebas untuk mengurus dan melaksanakan program-program Forum Air di seluruh negara.

Antara aktiviti utama Forum Air ialah Sesi Town Hall, yang menghimpunkan wakil operator bekalan air dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) bagi membentangkan strategi, perancangan serta inisiatif terkini ke arah memastikan perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang lebih mampan, berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna.


Penyertaan anda amat penting kerana setiap pandangan dan maklum balas membantu membentuk perkhidmatan air dan pembetungan yang lebih cekap, telus dan lestari untuk manfaat semua.

Kongsi pada platform lain